Header AD

Yingluck Terselamat Dari undi Tipu



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam dengan mudah mengenepikan undi tidak percaya oleh pembangkang di Parlimen yang menuduhnya gagal membanteras rasuah.

Yingluck, Perdana Menteri wanita pertama Thailand memenangi 308 daripada 467 undian, mengekalkan sokongan juga daripada parti luar selain enam parti gabungannya yang menguasai tiga perlima kerusi di Dewan Rakyat.

Bekas ahli perniagaan itu memimpin Thailand pada Ogos tahun lalu selepas kemenangan besar partinya Puea Thai dalam pilihan raya yang mempunyai kaitan rapat dengan abangnya, bekas perdana menteri digulingkan Thaksin Shinawatra.

“Parlimen mengundi Perdana Menteri Yingluck agar terus memerintah,” kata Speaker dewan, Somsak Kiatsuranont membuat pengumuman selepas undian, tiga hari selepas perdebatan oleh ahli Parlimen. Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubumrung; Menteri Pertahanan, Sukumpol Suwanatat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Chat Kuladilok turut terselamat daripada usul terbabit.

Yingluck dituduh pembangkang utama, Parti Demokrat menggalak rasuah - terutama dalam skim kontroversi pembelian beras kerajaan dan menjadi boneka kepada abangnya. - BP

Sumber - Berita Harian Metro
Yingluck Terselamat Dari undi Tipu Yingluck Terselamat Dari undi Tipu Reviewed by Adslah Admin on 8:09:00 AM Rating: 5

Post AD