Header AD

Was-was Dalam Solat

MENJAGA fokus sewaktu bersolat sangat penting kerana ia membantu 
seseorang melunaskan ibadah itu dengan sempurna. - Gambar hiasan


KETIKA solat, saya sering was-was mengenai bilangan rakaat yang sedang dibuat. Contohnya, ketika solat Asar, saya keliru sama ada saya pada rakaat ketiga atau keempat, namun yakin bahawa saya berada pada rakaat ketiga. Adakah saya perlu mengerjakan solat semula atau teruskan dengan keyakinan saya walaupun was-was?

JAWAPAN :

Jika berlaku hal sebegini, hendaklah kita mengambil bilangan rakaat yang yakin. Contohnya, jika terkeliru antara rakaat ketiga atau keempat, maka ambillah yang yakin iaitu kita berada pada rakaat yang kurang iaitu rakaat ketiga walaupun hakikatnya kita berada pada rakaat keempat.

Ini kerana mengambil bilangan yang kurang itu adalah yang yakin. Maka, tidak perlu mengerjakan semula solat anda. Anda hanya perlu meneruskan solat tersebut dengan yakin.

Adapun was-was itu bukanlah yakin bahkan was-was itulah penyakit yang perlu dijauhi dan perlu diubati dengan yakin dan ilmu. Insya-Allah moga diterima Allah akan amalan kita.
Was-was Dalam Solat Was-was Dalam Solat Reviewed by Adslah Admin on 1:49:00 PM Rating: 5

Post AD