Header AD

Tukang Masak Ditemui Mati Dalam Tandas Restoran


Sumber - Berita Metro

GEORGETOWN: Seorang tukang masak warga India sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru di sini, ditemui mati dengan keadaan lehernya hampir terputus di dalam tandas restoran itu semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata dalam kejadian jam 8 malam itu, polis mendapat panggilan mengatakan seorang lelaki terjatuh di dalam tandas berkenaan dengan pintu berkunci dari dalam. 

"Sepasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi memecah masuk pintu tandas terbabit dan kita jumpa mayat M Muthuraj, 33, dalam keadaan berlumuran darah terlentang dalam tandas itu," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. 

Katanya polis turut menemui sebilah pisau pemotong daging di lokasi kejadian. - Bernama
Tukang Masak Ditemui Mati Dalam Tandas Restoran Tukang Masak Ditemui Mati Dalam Tandas Restoran Reviewed by Adslah Admin on 2:18:00 PM Rating: 5

Post AD