Header AD

Toshiba Perkenalkan Robot Bantuan Di Tapak Nuklear


 Robot Bantuan Di Tapak Nuklear



YOKOHAMA (Japan): Toshiba Corp membangunkan robot yang boleh digunakan dan bekerja dalam persekitaran radiasi tinggi di lokasi bencana nuklear. 

Bagaimanapun, kemampuan robot terbabit masih belum jelas dan tempoh ia akan digunakan bagi memasuki loji jana kuasa nuklear Fukushima Dai-ichi belum dapat ditentukan. 

Robot empat kaki itu boleh merentasi dan memanjat kawasan runtuhan yang terbabit dengan kesan radiasi, iaitu lokasi larangan kepada manusia. 

Toshiba berkata, ia adalah inovasi penting yang menggunakan rangkaian tanpa wayar dan boleh dikawal di kawasan radiasi tinggi. 

Katanya, secara automatik robot berkenaan akan mencari transmisi lebih baik apabila isyarat siaran menjadi semakin lemah. 

Di sebalik penemuan terbaru itu, mesin yang menyerupai peti sejuk yang dilengkapi kaki besi itu cenderung kepada masalah. 

Ketika demonstrasi kepada wartawan, robot berkenaan secara tidak sengaja tersalah langkah dan satu daripada kakinya terangkat pegun sehingga memerlukan beberapa individu untuk mengembalikan kedudukan asal kaki robot berkenaan.
Toshiba Perkenalkan Robot Bantuan Di Tapak Nuklear Toshiba Perkenalkan Robot Bantuan Di Tapak Nuklear Reviewed by Adslah Admin on 1:53:00 PM Rating: 5

Post AD