Header AD

Telefon Terkini LG



LG dan Google memperkenalkan telefon pintar Nexus terbarunya, yakni LG Nexus 4. Spesifikasi dari telefon pintar ini agak hampir sama dengan telefon pintar Nexus yang sebelumnya. 

LG Nexus 4 ini hadir dengan prosesor quad core Qualcomm Snapdragon S4 Pro, Krait 1.5GHz. Keupayaan prosesor tersebut didukung dengan RAM 2GB. Spesifikasi lainnya, ia mempunyai layar skrin berukuran 4.7 inci True HD IPS Plus (1280 x 768 piksel). 
Ia juga menyematkan teknologi Zerogap Touch serta layar anti gores Gorilla Glass 2. 

Di bahagian belakang, terdapat kamera 8MP, kamera depan 1.3MP serta bateri 2100 mAh yang mampu memberikan tenaga untuk masa bercakap selama 15.3 jam. 

Telefon ini juga dilengkapi dengan sokongan teknologi NFC. Juga memiliki sistem operasi terbaru, OS Android Jelly Bean 4.2. Google turut memperkenalkan fungsi aplikasi baru PhotoSphere yang memiliki fungsi sama seperti PhotoSynth milik Microsoft. 

INFO: LG Nexus 4 
− Hadir dengan prosesor quad core Qualcomm Snapdragon S4 Pro, Krait 1.5GHz 
− Layar skrin berukuran 4.7 inci True HD IPS Plus (1280 x 768 piksel) − Terdapat kamera 8MP, kamera depan 1.3MP

Telefon Terkini LG Telefon Terkini LG Reviewed by Adslah Admin on 9:14:00 AM Rating: 5

Post AD