Header AD

Taufan Sandy: Haiti Rayu Bantuan Antarabangsa

Timbunan perabot dan barang-barang yang rosak 
akibat Taufan Sandy diletakkan di luar rumah di 
Bay Head, New Jersey. - Foto Reuters

PORT-AU-PRINCE: Kerajaan Haiti hari ini merayu negara luar dan badan antarabangsa agar menyalur bantuan kecemasan kemanusiaan selepas negara itu dilanda bencana Taufan Sandy.

Taufan pemusnah itu membadai kawasan barat Haiti pada malam 24 Oktober lalu.
Taufan yang turut membawa hujan lebat itu menyebabkan kawasan pantai selatan dan ibu negara itu teruk dilanda banjir sejak seminggu lalu.

Pihak berkuasa berkata, ribut berkenaan memusnahkan 70 peratus hasil pertanian di sebelah barat Haiti serta menyebabkan kematian haiwan ternakan.

Pegawai kerajaan berkata, bencana itu meragut lebih 54 nyawa penduduk Haiti, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 1.6 juta penduduknya terjejas.

Pengumuman mengenai rayuan terhadap bantuan antarabangsa itu dikeluarkan pejabat Perdana Menteri Haiti, Laurent Lamothe.

Negara Caribbean itu masih bergelut untuk memulihkan negara yang teruk dilanda gempa bumi kuat, dua tahun lalu. - AP

Sumber - Berita Harian
Taufan Sandy: Haiti Rayu Bantuan Antarabangsa Taufan Sandy: Haiti Rayu Bantuan Antarabangsa Reviewed by Adslah Admin on 10:49:00 AM Rating: 5

Post AD