Header AD

Sony lancar ultrabook hibrid VAIO Duo 11

Okura (tengah) dengan Pengurus Produk Sony Corporation 
Ayumi Hashimoto (kiri) dan Mahoro pada 
majlis pelancaran ultrabook hibrid di Kuala Lumpur, semalam.

Sony Malaysia Sdn Bhd melancarkan ultrabook hibrid, VAIO Duo 11 yang ditawarkan pada harga RM3,999.

Komputer yang menggabungkan ciri laptop dan tablet itu boleh didapati bermula November ini di rangkaian kedai Sony seluruh negara atau mana-mana kedai yang mengambil bahagian.
Dengan hanya senipis 17.75 mm dan seberat 1.3 kilogram, VAIO Duo 11 boleh dianggap produk terbaru dapat membantu syarikat itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam pasaran komputer tempatan.

Pengarah Produk, Komunikasi UX Sony Corporation, Ayumi Hashimoto, berkata produk terbaru itu disasarkan khusus kepada ahli perniagaan dan eksekutif muda.

Katanya, ultrabook hibrid itu menampilkan perbezaan ketara berbanding produk sedia ada di pasaran kerana ia boleh digunakan sebagai tablet atau boleh diubah kepada laptop tanpa perlu diceraikan.

“Reka bentuk Surf Slider dicipta pihaknya membolehkan pengguna untuk menukar daripada tablet kepada laptop dengan pantas apabila hanya perlu menggelungsurkannya ke atas dan sebaliknya.

“Laptop ini juga menggunakan perisian terbaru daripada Microsoft iaitu Windows 8 sekali gus menjanjikan kelancaran ketika menggunakannya sama ada untuk kegunaan kerja atau bersosial.
“Ia juga turut dilengkapi sebatang pen digital yang boleh digunakan untuk menulis nota, melukis atau apa saja aktiviti kreativiti lain," katanya pada majlis pelancaran ultrabook hibrid itu di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Sony Malaysia, Kikuo Okura dan Ketua Bahagian IT dan Mudah Alih, Mahoro Takahashi.
Sony lancar ultrabook hibrid VAIO Duo 11 Sony lancar ultrabook hibrid VAIO Duo 11 Reviewed by Adslah Admin on 7:31:00 AM Rating: 5

Post AD