Header AD

Skandal RM40 juta: KEADILAN lapor SPRM Isnin ini


(Oleh Aedi Asri)
PETALING JAYA 2 November: KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan jutawan balak Sabah, Michael Chia pada 3 petang Isnin ini berhubung skandal RM40 juta melibatkan pemimpin Umno Sabah.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, Seksyen 16 Akta SPRM 2009 menetapkan perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan dan manfaat diterima orang lain.
“Penafian Nazri bahawa anaknya terima habuan kewangan tiada kaitan dengan beliau tidak boleh diterima.
“Menurut Seksyen 16(A), beliau boleh disiasat jika anaknya terima habuan dari Michael Chia atas kedudukannya sebagai menteri kanan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Rafizi berkata, Seksyen 16(B) menguatkan lagi perkara ini dengan menetapkan perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun tiada suapan sebenar diterima.
“Rasuah tetap berlaku walau ia sekadar (di peringkat) perbincangan,” jelasnya lagi.
Semalam, beliau mendedahkan gambar menunjukkan anak Nazri – Nedim menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer warna hitam bernombor pendaftaran WNX 9776 yang didaftar atas nama Chia.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Rafizi turut menayangkan video menunjukkan kenderaan itu keluar masuk di kawasan kediaman Nedim di Clearwater Residence di Jalan Changkat Semantan, Kuala Lumpur.
Beliau turut mencabar Nazri untuk mengambil tindakan undang-undang jika dakwaan ini fitnah semata-mata.
“Kalau (saya) fitnah silakan bawa ke mahkamah, seperti yang dilakukan Datuk Seri Shahrizat Jalil dulu.
“Saya yakin dakwaan ini betul. Saya tidak minta mana-mana Ahli Parlimen bawa kes ini…Saya tidak perlu berselindung di
sebalik kekebalan Parlimen,” tegas Rafizi.

ICAC tutup kes Chia sebab tiada kerjasama Peguam Negara
Rafizi berkata, laporan ke atas Chia Isnin ini dibuat supaya satu siasatan baru dapat dijalankan ke atasnya.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang turut hadir dalam sidang media itu menyangkal dakwaan Nazri di Parlimen bahawa Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) menutup kes tersebut selepas SPRM mendapati wang milik Chia ditujukan kepada Umno Sabah, bukan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman.
“ICAC tidak dapat kerjasama dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail…Mereka terpaksa tutup kes selepas tamat tempoh (penyiasatan) tiga tahun.
“Jika benar (tiada rasuah), Peguam Negara perlu tunjukkan dokumen dari ICAC sendiri. Dulu NFC pun pada mulanya kata tiada apa-apa (penyelewengan). Jadi kita tidak percaya hanya dengan kata-kata,” sambung Ahli Parlimen Batu itu.
Pada 2008, ICAC menahan Chia di Hong Kong bersama-sama wang Singapura bernilai RM40 juta.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38807
Skandal RM40 juta: KEADILAN lapor SPRM Isnin ini Skandal RM40 juta: KEADILAN lapor SPRM Isnin ini Reviewed by Adslah Admin on 7:37:00 AM Rating: 5

Post AD