Header AD

Schalke Bangkit Ikat Arsenal 2-2


GELSENKIRCHEN: Schalke 04 bangkit daripada ketinggalan dua gol bagi mengikat 2-2 dengan Arsenal dalam saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Veltins Arena, awal pagi tadi. 

Arsenal yang tewas 2-0 kepada Schalke di Stadium Emirates sebelum ini, mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan awal Theo Walcott pada minit ke-18. 
Pemain Perancis, Olivier Giroud pula menjadikan kedudukan 2-0 menerusi gol pada minit ke-26. 

Namun sebelum separuh masa pertama tamat, penyerang Belanda, Klaas-Jan Huntelaar menyumbat masuk untuk Schalke. 

Pemain tengah antarabangsa Peru, Jefferson Farfan menyamakan kedudukan menerusi gol pada minit ke67. 

“Kami bermain baik namun agak goyah pada separuh masa kedua dan peluang ini diambil Schalke. 

"Kita agak kecewa kerana mendahului dua gol namun gagal mempertahankannya untuk bawa pulang tiga mata," kata pengurus Arsenal Arsene Wenger. - AFP 

Sumber - Berita Harian
Schalke Bangkit Ikat Arsenal 2-2 Schalke Bangkit Ikat Arsenal 2-2 Reviewed by Adslah Admin on 8:20:00 AM Rating: 5

Post AD