Header AD

Ramai ‘Malu’ Guna Jejantas


Jejantas - Gambar

KUALA LUMPUR: Sikap kebanyakan warga kota yang enggan menggunakan jejantas terutama di Jalan Pudu, di sini, bukan saja boleh mengundang bahaya, tetapi boleh mengakibatkan kemalangan terhadap pemandu kenderaan lain.

Tinjauan Harian Metro di beberapa laluan di sekitar ibu kota antaranya Jalan Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Tun Razak mendapati masih ramai tidak menggunakan kemudahan itu sebaliknya melintas jalan yang boleh membahayakan mereka.

Lebih mengecewakan apabila ada antara mereka dilihat membimbing kanak-kanak dan mendukung bayi sebelum melintasi jalan yang dipenuhi kenderaan dipandu laju.

Warga kota, Zulhelmi Ramli, 26, berkata, orang ramai seharusnya menggunakan jejantas dengan sebaiknya bukan membuat tindakan yang boleh meragut nyawa.

“Semua orang tahu jalan dilalui banyak kenderaan dan dipandu laju. Disebabkan itu kerajaan menyediakan jejantas untuk keselamatan dan kegunaan bersama.

“Keputusan tidak menggunakan jejantas sesuatu merugikan kerana ia wang rakyat yang seharusnya dimanfaatkan bersama,” katanya.

Menurut Zulhelmi, baru-baru ini, dia menyaksikan insiden dua individu yang melintas jalan di Jalan Imbi, Bukit Bintang hampir dilanggar kereta biarpun kawasan itu disediakan jejantas.

“Lebih elok menggunakan jejantas kerana bukan saja nyawa yang perlu diselamatkan, tetapi nyawa anak-anak kecil dan pemandu lain perlu diutamakan,” katanya.

Kakitangan swasta, Saidin Sidin, 29, berkata, tindakan tidak menggunakan jejantas bukan perkara baru yang perlu diingatkan berulang kali, tetapi ia kesedaran masing-masing.
Ramai ‘Malu’ Guna Jejantas Ramai ‘Malu’ Guna Jejantas Reviewed by Adslah Admin on 12:05:00 PM Rating: 5

Post AD