Header AD

Promoter Ugut Bunuh Diri Kekasih Tunda Kahwin


Sumber - Berita Metro

GEORGETOWN: Akibat perselisihan faham dan kecewa kerana teman lelaki menunda tarikh perkahwinan, seorang promoter jualan mengugut mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Lebuh Nordin, di sini awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, teman lelaki mangsa berusia 28 tahun datang ke rumah mangsa untuk berbincang sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang kecewa dengan tindakan teman lelakinya menunda tarikh perkahwinan yang sepatutnya tahun ini atas sebab tidak diketahui menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima kenyataan.

Menurutnya, mangsa kemudian naik ke tingkat 12 dan mengugut teman lelakinya untuk terjun jika lelaki itu tidak mengikut kehendaknya.

“Mangsa memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan teman lelakinya. Polis yang tiba tidak lama kemudian membawa kedua-dua mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan,” katanya
Promoter Ugut Bunuh Diri Kekasih Tunda Kahwin Promoter Ugut Bunuh Diri Kekasih Tunda Kahwin Reviewed by Adslah Admin on 1:14:00 PM Rating: 5

Post AD