Header AD

Polis Temui 5,000 Pakaian Dalam Wanita di Rumah Perompak

Gambar hiasan


BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata, mereka menemui beribu-ribu pakaian dalam wanita yang dicuri di rumah suspek perompak.

Ini kali kedua suspek ditemui menyembunyikan pakaian dalam wanita di rumahnya. 
Danai Raiwech, 48, ditahan di rumahnya di luar Bangkok kelmarin selepas polis menggeledah rumahnya kerana dipercayai merompak barang kemas bernilai AS$325,000 (RM998,660) dari sebuah kedai emas. 

Isterinya didapati memakai barang kemas yang dicuri dan ketika menggeledah rumah pasangan itu, polis menemui beberapa beg berisi pakaian dalam wanita.

Kolonel Napanwut Liamsanguan berkata, “Suspek mengaku menggunakan pakaian dalam itu untuk melancap.” - Bangkok Post

Polis Temui 5,000 Pakaian Dalam Wanita di Rumah Perompak Polis Temui 5,000 Pakaian Dalam Wanita di Rumah Perompak Reviewed by Adslah Admin on 11:55:00 AM Rating: 5

Post AD