Header AD

Pilihan Raya Presiden AS: Penduduk New York-New Jersey Mengundi, Hadapi Kesukaran

ORANG awam mengundi di balai bomba hari ini berikutan Taufan Sandy 
yang melanda sebahagian di kawasan New Jersey. - Foto Reuters

NEW YORK: Mengundi dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) adalah halangan terbaru kepada ratusan ribu penduduk New York-New Jersey apabila kawasan kediaman mereka masih berdepan dengan pelbagai isu dan kesan daripada Taufan Sandy, baru-baru ini.

Selain pilihan raya Presiden AS kali ini disifatkan paling sengit dalam sejarah negara itu, masalah lain yang perlu dihadapi pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab adalah mencari lokasi pusat pengundian yang tidak terjejas atau mengalami kerosakan berikutan Taufan Sandy.
Bagaimanapun, pengundi tidak menjadikannya alasan untuk tidak keluar mengundi, di mana sebaliknya mereka menggunakan pengangkutan khas yang disediakan untuk pilihanraya kali ini bagi mencari mana-mana pusat pengundian.

Setakat ini, jumlah pengundi yang keluar pada sebelah pagi adalah tinggi, walaupun beberapa isu membabitkan kegagalan mesin berfungsi dihadapi serta kekeliruan di pusat pengundian.

Difahamkan, khemah dibina sebagai pusat pengundian dan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di dalam khemah yang dijadikan pusat pembuangan undi. - AP

Sumber - Berita Harian
Pilihan Raya Presiden AS: Penduduk New York-New Jersey Mengundi, Hadapi Kesukaran Pilihan Raya Presiden AS: Penduduk New York-New Jersey Mengundi, Hadapi Kesukaran Reviewed by Adslah Admin on 8:24:00 AM Rating: 5

Post AD