Header AD

Petua Hilangkan Panau


Anda menghadapi masalah kulit berpanau?

Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:
  • Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
  • Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.
  • Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
  • Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
  • Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
  • Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
  • Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
  • Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.
  • Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.
  • Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

Petua Hilangkan Panau Petua Hilangkan Panau Reviewed by Adslah Admin on 12:58:00 PM Rating: 5

Post AD