Header AD

Pemberontak Syria Rampas Medan Minyak


DAMSYIK: Kumpulan pemberontak dilaporkan berjaya menguasai medan minyak dan menembak jatuh jet pejuang di timur Syria, hari ini, dengan pihak pembangkang kini berbincang mengenai usaha damai di Qatar.

Pemberontak mula meningkatkan penguasaan di sebelah timur Wilayah Deir Ezzor dengan pasawat pejuang kerajaan terus melakukan serangan udara bagi mempertahankan kemaraan mereka ke Damsyik dan di utara Wilayah 

Aleppo dan Idlib. Media tempatan juga melaporkan, satu letupan menggegarkan kawasan sekitar Dama Rose Hotel di tengah ibu negara menyebabkan 11 orang awam cedera. 

Hotel berkenaan adalah tempat penginapan wakil misi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi yang kini dalam lawatan ke Damsyik.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, medan minyak yang ditawan itu adalah yang pertama oleh pihak pembangkang sejak menentang rejim Presiden Bashar al-Assad pada Mac 2011. 

“Pemberontak Briged Jaafar Tayyar menguasai sepenuhnya medan minyak Al-Ward di timur bandar Mayadin, selepas gerakan penawanan berlangsung beberapa hari lalu.
“Ini pertama kali pemberontak menguasai medan minyak," kata pengarah badan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Serangan ke atas medan minyak berkenaan menyebabkan lebih 40 askar kerajaan terbunuh atau ditawan.

Beliau berkata, pemberontak menembak jatuh jet pejuang di Deir Ezzor dengan juruterbangnya turut ditahan. - AFP

Sumber - Berita Harian
Pemberontak Syria Rampas Medan Minyak Pemberontak Syria Rampas Medan Minyak Reviewed by Adslah Admin on 10:46:00 AM Rating: 5

Post AD