Header AD

Pemberontak, Askar Syria Sama Kejam

Rakaman video amatur menunjukkan anggota pemberontak menendang seorang askar, 
manakala gambar seterusnya, askar terbabit terbaring di atas tanah di Saraqeb utara Syria.

Video rakam pemisah dera, bunuh askar kerajaan

BEIRUT: Satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan pemberontak Syria menendang askar kerajaan yang ketakutan sebelum mereka ditembak mati, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa mereka juga sama kejam dengan tentera Syria. 

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan aktivis hak asasi sebelum ini percaya bahawa rejim Presiden Bashar Assad bertanggungjawab ke atas jenayah perang di Syria sejak konflik melanda negara itu. 
Pada tahap ini, tiada pihak boleh mendakwa mereka tidak melakukan sebarang kekejaman dalam konflik Syria"

Bagaimanapun penyiasat pencabulan hak asasi berkata kekejaman yang dilakukan pemberontak juga semakin meningkat.

“Pada tahap ini, tiada pihak boleh mendakwa mereka tidak melakukan sebarang kekejaman dalam konflik Syria,” kata ketua kumpulan hak asasi Amnesty International, Suzanne Nossel.

Amerika Syarikat menggesa perubahan kepemimpinan dilakukan dikalangan kumpulan politik pembangkang Syria ketika persidangan di Qatar minggu depan.

Tidak beri sokongan 

Washington dan sekutunya keberatan untuk memberi sokongan lebih kuat kepada pembangkang berpangkalan di Turki, kerana menganggap ia tidak berkesan, berpecah-belah dan tidak bersatu dengan pemisah yang cuba menggulingkan Assad.

Bagaimanapun rakaman video terbaru yang diperoleh, meningkatkan kebimbangan mengenai sikap pemisah dan boleh menyukarkan usaha Washington untuk menentukan kumpulan pembangkang yang mahu disokongnya.

“Kami mengecam pencabulan hak asasi oleh mana-mana pihak. Sesiapa yang melakukan kekejaman perlu bertanggungjawab,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland, ketika mengulas video itu.

Beliau berkata, Tentera Pembebasan Syria sudah membuat gesaan kepada pemisah supaya mematuhi kod etika yang diperkenalkan Ogos lalu, seiring peraturan perang antarabangsa.

Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria yang beribu pejabat di Britain berkata, rakaman video amatur pembunuhan askar itu dibuat ketika serangan pemberontak di bandar Saraqeb di utara Syria Khamis lalu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kumpulan pemisah yang terbabit, walaupun anggota pertubuhan disokong al-Qaaeda, Jabhat al-Nusra adalah antara yang ikut berperang di kawasan itu. – AP
Pemberontak, Askar Syria Sama Kejam Pemberontak, Askar Syria Sama Kejam Reviewed by Adslah Admin on 8:59:00 AM Rating: 5

Post AD