Header AD

Pembekal Guna Suri Rumah Seludup iPhone, iPad Ke China


Gambar hiasan

SHANGHAI: Beberapa pembekal kepada satu daripada kedai iPhone dalam talian terbesar di China diheret ke mahkamah kerana didakwa mengelak membayar cukai dengan menyeludup iPhone dan iPad syarikat Apple ke dalam negara itu, lapor media kerajaan semalam.

Sebanyak 26 pembekal daripada Lanyou Shuma.com dihadapkan ke mahkamah di Shenzhen kelmarin sebagai sebahagian daripada lima rangkaian yang menyeludup lebih 162,000 telefon mudah alih bernilai lebih 500 juta yuan (RM246 juta) dari Hong Kong sejak dua tahun lalu, lapor Beijing News. Separuh daripada suspek adalah suri rumah yang sering berkunjung ke Hong Kong, menurut sebuah akhbar lain, Southern Metropolis Daily sambil menambah mereka dibayar 20 hingga 30 yuan (RM9.80 hingga RM14.70) sebagai komisen untuk setiap telefon bimbit yang dibawa pulang ke tanah besar. Shanghai Daily pula berkata, 25 defendan dididakwa kerana menyeludup produk iPhone dan iPad.

Kedai digital Lanyou Shuma.com yang pernah menjadi satu daripada kedai terbesar dalam Taobao Marketplace di China dipaksa menutup perniagaan April lalu oleh Taobao selepas pihak berkuasa Hong Kong melancarkan siasatan ke atasnya kerana dipercayai menyeludup iPhone 4S. Taobao Marketplace, satu daripada cawangan kumpulan Alibaba adalah laman web e-dagang terbesar di China yang memfokus kepada pengguna. - AP
Pembekal Guna Suri Rumah Seludup iPhone, iPad Ke China Pembekal Guna Suri Rumah Seludup iPhone, iPad Ke China Reviewed by Adslah Admin on 11:50:00 AM Rating: 5

Post AD