Header AD

Pasangan Britain Berkelakuan Tidak Senonoh Dalam Teksi Dipenjara


BLAKE (kiri) berdiri di luar sebuah mahkamah di Dubai semalam.


DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu - Seorang wanita warga Britain dan lelaki Ireland yang didapati bersalah melakukan hubungan seks di dalam sebuah teksi di sini dihukum penjara selama tiga bulan semalam sebelum dihantar pulang, kata peguam mereka.
Wanita itu, Rebecca Blake dan pasangannya, Conor McRedmond menafikan mereka berkelakuan tidak senonoh di dalam teksi semasa menghadiri perbicaraan pada bulan lepas.
Bagaimanapun, pasangan itu mengaku bersalah terhadap tuduhan ketiga di sebuah mahkamah iaitu minum minuman keras di tempat awam.
"Mereka dihukum penjara selama tiga bulan dan dihantar pulang serta didenda AS$817 (RM2,500) setiap seorang," kata peguam mereka, Shaker al-Shammary.
Shaker berkata, kedua-dua mereka akan membuat rayuan berhubung keputusan tersebut. - Reuters 
Pasangan Britain Berkelakuan Tidak Senonoh Dalam Teksi Dipenjara Pasangan Britain Berkelakuan Tidak Senonoh Dalam Teksi Dipenjara Reviewed by Adslah Admin on 4:03:00 AM Rating: 5

Post AD