Header AD

Metro! Along Ubah Taktik

Sumber - myMetro

MINTA TOLONG...Hazman (kanan) mengadu kepada Saharudin selepas diperdaya along.

Metro hari ini - KUALA LUMPUR: Selepas taktik mereka memperdaya peminjam dihidu pihak berkuasa, sindiket ceti haram atau along kini dikesan ‘memudahkan’ prosedur pinjaman termasuk menandatangani borang perjanjian kosong.

Dengan urus niaga dijalankan di dalam kereta, along terbabit seolah-olah cuba menyembunyikan operasi mereka dengan tidak lagi berurusan secara terbuka seperti sebelum ini.


Terbaru, seorang penyelia sebuah syarikat di Kepong terjerat dengan ceti haram dan menjadi mangsa pinjaman mudah dengan hanya menandatangani perjanjian di dalam kereta.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Hazman, 38, berkata, dia mula meminjam daripada ceti haram beberapa bulan lalu apabila mengalami masalah kewangan selepas mendirikan rumah tangga.


“Menerusi seorang kawan, saya berjumpa dengan along ini di Subang Jaya dan menandatangani kertas kosong untuk membuat pinjaman RM4,000.


“Tidak berapa lama selepas itu, saya ditawarkan untuk menambah pinjaman menjadi RM12,000 dengan ansuran hampir RM2,000 sebulan menyebabkan saya tertekan. Saya tidak bersetuju dan rasa teraniaya,” katanya selepas membuat aduan kepada Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Saharudin Bakar, di sini semalam.

Hazman berkata, tidak lama selepas itu dia menyedari dipermainkan kerana kadar bunga yang dikenakan meningkat dalam tempoh sebulan menyebabkan dia meminta penjelasan daripada along terbabit.


“Saya sungguh terkejut apabila dimaklumkan saya perlu membayar keseluruhan RM15,000 untuk tutup akaun. Selepas itu, hampir setiap hari saya dipaksa membayar pinjaman berkenaan, menyebabkan saya menghubungi PPIM untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Metro! Along Ubah Taktik Metro! Along Ubah Taktik Reviewed by Adslah Admin on 9:39:00 AM Rating: 5

Post AD