Header AD

Majlis Kebangsaan Syria Minta Diiktiraf Barat



KAHERAH - Ketua sebuah perikatan yang menentang Presiden Bashar Al-Assad mendesak supaya negara-negara Eropah mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria sebagai pemerintah yang sah.

Ketua perikatan itu, Mouaz Al-Khatib juga meminta dana untuk membeli senjata bagi membolehkan rejim Bashar ditumbangkan.

"Apabila kami memperoleh pengiktirafan, ia akan menyebabkan perikatan tersebut bertindak sebagai pemerintah dan memperoleh senjata sekali gus akan menyelesaikan masalah kami," katanya.

Majlis Kerjasama Teluk yang mempunyai enam anggota telah mengiktiraf Majlis Kebangsaan Syria bagi mewakili penduduk negara itu.

Liga Arab turut memberi sokongan terhadap majlis tersebut.

Keluarga Bashar telah memerintah Syria selama 42 tahun.

Seramai 38,000 orang dilaporkan terbunuh selepas kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula pada Mac tahun lalu.

Para penentang Bashar mewujudkan sejumlah kumpulan di bandar-bandar bagi menentang tentera presiden.

Kumpulan tersebut mahu Bashar digulingkan selepas beliau gagal membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara.

Jet-jet tentera Syria turut melancarkan serangan di bandar sempadan dengan Turki, Ceylanpinar semalam.

Beberapa buah jet pejuang tentera juga membedil rumah-rumah di Ras al-Ain dekat sempadan Turki. - Agensi
Majlis Kebangsaan Syria Minta Diiktiraf Barat Majlis Kebangsaan Syria Minta Diiktiraf Barat Reviewed by Adslah Admin on 1:37:00 PM Rating: 5

Post AD