Header AD

Majlis Kahwin Apek Ditaja RM300,000

Khairul Fahmi Che Mat


Kuala Lumpur: Selepas jaguh badminton negara Lee Chong Wei, seorang lagi ikon sukan negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apek yang mengumumkan untuk melangsungkan perkahwinan turut mendapat perhatian penajaan yang bernilai hampir RM300,000. 

Sehingga ke hari ini, penjaga gawang Harimau Malaya itu yang sibuk dalam persediaan kempen Piala Suzuki AFF mendapat tajaan pelbagai pihak dengan Astro Ria bakal menjadi penyiar rasmi kesemua majlis perkahwinan Apek, 23, bersama Nur Eilunie Natasha Nazri, 21. 
Pemain kelahiran Kelantan itu memilih Leuniey, model iklan dan pengusaha butik pengantin dari Kelantan, turut menerima tajaan daripada Era FM, THR Gegar, murai.com.my, LH Media TV, Ari Wedding Couture, Butik N Touch Trade and Wedding Gallery, The Photolicious dan Jakel. 

“Persiapan kini berjalan lancar dengan keluarga saya dan juga pihak Leuniey menguruskan kesemuanya memandangkan Leuniey juga berpengalaman kerana mempunyai butik pengantin sendiri (Butik N Touch Trade and Wedding Gallery). Saya kini sibuk dengan jadual kempen Piala Suzuki AFF,” kata Apek. 

Menjelang tiga hari lagi sepak mula Piala Suzuki AFF, Apek mengumumkan untuk mengakhiri zaman bujangnya pada 28 Disember ini iaitu selepas berakhirnya kejohanan itu pada 22 Disember. 

“Fokus saya sekarang adalah bola sepak dan pastinya kepada perlawanan pertama bertemu Singapura. Semangat saya dan rakan sepasukan masih tinggi dan kami berharap semua penyokong turun beramai-ramai dalam misi kami mengulangi sejarah 2010,” katanya.
Majlis Kahwin Apek Ditaja RM300,000 Majlis Kahwin Apek Ditaja RM300,000 Reviewed by Adslah Admin on 1:58:00 PM Rating: 5

Post AD