Header AD

Lenovo Lancar Peranti Boleh Tukar Terbaik


Lenovo, pengeluar komputer peribadi (PC) kedua terbesar dunia melancarkan rangkaian peranti boleh tukar yang direka khusus untuk platform Windows 8 platform, iaitu IdeaPad Yoga 13 Ultrabook, IdeaPad Yoga 11 dan ThinkPad Twist. 

“Kami yakin produk inovatif ini adalah peranti terbaik untuk pengalaman skrin sesentuh yang menakjubkan, manakala mod pelbagainya boleh memberikan kepelbagaian kepada pelanggan dalam penggunaan komputer peribadi mereka,” kata Pengurus Besar Negara, Lenovo Malaysia Khoo Hung Chuan, pada pelancaran produk itu di Kuala Lumpur, semalam. 
IdeaPad Yoga 13 Ultrabook, yang berharga RM3,399, adalah salah satu daripada Ultrabook mod pelbagai pertama dunia yang membolehkannya berputar 360 darjah dan beralih daripada komputer riba kepada tablet dalam satu langkah ringkas. 

Yoga 11 pula adalah komputer peribadi pelbagai mod yang paling nipis di dunia, dengan ketebalan hanya 15.6mm dan berharga RM2,599. 

Kedua-dua Yoga 13 dan 11 boleh digunakan dalam dua mod lain selain komputer riba dan tablet, dengan menukarkan kepada berdiri dengan menggerakkan pad kekunci di skrin atau membengkokkannya seperti sebuah khemah.

Sumber - Berita Harian
Lenovo Lancar Peranti Boleh Tukar Terbaik Lenovo Lancar Peranti Boleh Tukar Terbaik Reviewed by Adslah Admin on 10:05:00 AM Rating: 5

Post AD