Header AD

Kos Akibat Taufan Sandy Cecah AS$19 Bilion



NEW YORK: Kos yang terpaksa ditanggung Bandaraya New York akibat Taufan Sandy baru-baru ini mencecah AS$19 bilion, demikian menurut Datuk Bandar, Michael Bloomberg.

Sehubungan itu, beliau merayu agar diperuntukkan dana tambahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan segera bandar raya berkenaan.
Bloomberg berkata, bandaraya terbesar itu menyaksikan ia bergelut untuk memulihkan kemusnahan yang berlaku dalam tempoh masa panjang kecuali dana Persekutuan disalurkan.

Taufan maut yang menyebabkan banjir melanda 29 Oktober itu menyebabkan New York lumpuh, termasuk sistem kereta api bawah tanahnya.

Lebih 10,000 rumah musnah dengan bekalan elektrik terputus beberapa hari serta menyaksikan bekalan petrol terjejas. - AFP
Kos Akibat Taufan Sandy Cecah AS$19 Bilion Kos Akibat Taufan Sandy Cecah AS$19 Bilion Reviewed by Adslah Admin on 8:51:00 AM Rating: 5

Post AD