Header AD

Komen Raja Terhadap Kenyataan Azhar Sulaiman


Jangan tanya soal politik, Raja tak minat. Tetapi, kalau sampai hari mengundi, tetap pergi mengundi. 

Raja terpanggil nak mengulas isu yang mencetuskan kontroversi membabitkan pelakon Azhar Sulaiman, baru-baru ini. 

Kasihan Azhar, teruk dikecam gara-gara kenyataannya dalam laman Facebook. Kemusykilannya disalah erti. Raja faham dengan maksud Azhar, tapi kenyataannya boleh menjerat diri. Isu murtad dan agama terlalu sensitif untuk diperkatakan, silap hari bulan terkena batang hidung sendiri. 

Tapi, kenyataan Azhar bukanlah berkaitan dengan isu pegangan atau pendirian agamanya, sebaliknya ia berkaitan dengan isu politik. 

Azhar mengutarakan persoalan adakah dia dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli UMNO? 

‘Assalamualaikum Ustaz... Saya ni sebenarnya sudah murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional... Jadi macam mana untuk saya pulang semula ke pangkuan agama Islam... Harap bantu. Tq.’ 

Itulah kenyataan Azhar. 

Niat asal mungkin nak sindir, tapi nampaknya hal lain yang timbul apabila ada yang menuduhnya Azhar pula murtad. Bagaimanapun, Azhar dalam penjelasannya memberitahu, dia bukannya mahu mencetuskan kontroversi, jauh sekali menjadi ahli politik. 

Sebaliknya, dirinya hanya mengambil tahu isu semasa. 

“Jika baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan atas tuduhan UMNO murtad. 

“Itu hanya kenyataan saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Hmmm...hebat betul permainan politik, kan? Takkan soal pegangan politik boleh sedap mulut tuduh orang lain murtad. 

RAJA: Sedih dan terharu dengan nasib mangsa seagama kita di Gaza, Palestin. 
Komen Raja Terhadap Kenyataan Azhar Sulaiman Komen Raja Terhadap Kenyataan Azhar Sulaiman Reviewed by Adslah Admin on 2:41:00 AM Rating: 5

Post AD