Header AD

Kepala Bayi Terhantuk

 ROSAK...kereta pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan.

REMUK...Perodua Kembara yang terbabit kemalangan, kelmarin.

PASIR GUDANG: Seorang bayi berusia setahun antara lima yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua Perodua Viva serta masing-masing satu Perodua Kembara dan motosikal di Jalan Masai-Kong-Kong, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, kemalangan berlaku apabila V Sadhees, 23, yang menunggang motosikal Honda EX5 dari Johor Bahru gagal memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

Akibatnya, kata Mohd Roslan, motosikal itu bertembung sebuah Perodua Kembara dinaiki tiga lelaki, S Varathan, 35, (pemandu) S Sivakumar, 40, dan Mohamad Ismail Abdul Rahman, 46.

“Berikutan itu, penunggang motosikal terbabit mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala. Perodua Kembara itu pula hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali dan merempuh sebuah Perodua Viva berwarna perak.

“Rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga lelaki yang berada dalam Perodua Kembara mati di tempat kejadian,” katanya.

Kepala Bayi Terhantuk Kepala Bayi Terhantuk Reviewed by Adslah Admin on 12:15:00 PM Rating: 5

Post AD