Header AD

Kanak-kanak Mula Bersekolah Di New York


NEW YORK: Kanak-kanak di New York mula kembali ke sekolah apabila hampir kebanyakan sekolah dibuka hari ini, iaitu hari pertama selepas Taufan Sandy melanda, minggu lalu. 

Namun keadaan cuaca sejuk dan ratusan ribu lagi penduduk yang tanpa elektrik tetap menjadi misteri buruk buat kebanyakan warga New York. 
Bas sekolah popular berwarna kuning kelihatan melintasi Big Apple menandakan kota raya berkenaan mula bangkit dan kembali sibuk selepas mengalami kerosakan akibat taufan pemunsnah minggu lalu, 

Kira-kira satu juta kanak-kanak kembali ke kelas masing-masing dengan hanya 101 bas sekolah beroperasi. 

Lebih 1,700 bas sekolah lagi tidak beroperasi sama ada kerana rosak akibat taufan berkenaan atau digunakan sebagai tempat perlindungan sementara. - AFP 

Sumber - Berita Harian
Kanak-kanak Mula Bersekolah Di New York Kanak-kanak Mula Bersekolah Di New York Reviewed by Adslah Admin on 9:58:00 AM Rating: 5

Post AD