Header AD

Israel Cabul Gencatan Senjata


BEBERAPA pemuda Palestin berlari semasa sebuah kenderaan
 tentera Israel meronda di sempadan Gaza, timur Khan Yunis semalam.

BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam, kata beberapa pegawai kesihatan.

Menurut mereka, 15 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku selepas gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel dipersetujui pada Rabu lalu.

Gencatan senjata itu dipersetujui selepas Israel melancarkan serangan udara dan laut di Gaza selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Hamas.

Seorang jurucakap Hamas menuduh Israel mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Mesir itu.

Beberapa pegawai kesihatan menyatakan, penduduk Palestin yang terbunuh itu, Anwar Odeih, 23, terkena tembakan di kepala selepas dia mendekati pagar keselamatan di sempadan Gaza.

Israel Cabul Gencatan Senjata Israel Cabul Gencatan Senjata Reviewed by Adslah Admin on 6:49:00 AM Rating: 5

Post AD