Header AD

iPad, Nintendo Jadi Idaman Yang Terkenal


Penggemar memilih peranti iPad untuk dijadikan hadiah menjelang musim perayaan.

New York: iPad menjadi peranti paling diidamkan kanak-kanak sebagai hadiah menjelang musim perayaan manakala Nintendo Wii U ditempat kedua mengikut kaji selidik Nielsen’s 360. 

Dalam kalangan responden kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun di Amerika Syarikat, 48 peratus yang ditemubual mengakui berharap mendapat iPad sebagai hadiah, 39 peratus mahu konsol permainan Nintendo Wii U manakala 36 peratus mahu iPod Touch dan iPad Mini. 

Bagi peranti yang khusus untuk permainan, Wii U adalah yang paling diidamkan, meninggalkan Xbox 360’s Kinect (31 peratus) dan peranti mudah alih Nintendo 3DS dan DS masing-masing pada 29 dan 28 peratus. 

Apple menonjol 

Peranti yang dikeluarkan pesaing Apple lebih menonjol dalam kalangan peminat lebih 12 tahun, yang mana tablet Kindle Fire dan Samsung Galaxy masing-masing menarik perhatian sembilan dan lapan peratus pembelian manakala iPad Mini menjadi idaman 11 peratus responden. 

Sementara itu, firma media sosial tersohor dunia, Facebook Inc bercadang menghentikan amalan membenarkan pengguna mengundi bagi sebarang perubahan yang dirancang membabitkan dasar kerahsiaan, biarpun masih membenarkan pengguna komen mengenai perubahan itu.

Facebook berkata, mekanisme pengundian hanya dibuka apabila ramai yang komen terhadap sebarang cadangan perubahan, justeru ia menjadi sistem yang hanya memberi penekanan terhadap jumlah maklum balas bukannya perbincangan berkualiti. - Agensi

iPad, Nintendo Jadi Idaman Yang Terkenal iPad, Nintendo Jadi Idaman Yang Terkenal Reviewed by Adslah Admin on 9:06:00 AM Rating: 5

Post AD