Header AD

Imam Ditemui Mati Dipukul Dalam Surau Tanah Merah

PENDUDUK Kampung Gual Petai Lima, Mat Daud Razak, 64, menunjukkan tempat bilal, Abdullah Nawang, 78, (gambar kecil) rebah dipukul seorang lelaki dipercayai kurang siuman ketika hendak melaungkan azan Subuh di surau itu di Gual Ipoh, Tanah Merah, pagi tadi. - Foto Syamsi Suhaimi

TANAH MERAH: Seorang imam, yang hendak melaungkan azan Subuh, mati akibat dipukul di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh di sini, hari ini.

Abdullah Nawang, 77, yang cedera parah di leher dan kepala, mati di unit kecemasan Hospital Tanah Merah.
Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun di sebuah kedai kopi di Kampung Kulim, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada jam 7 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud.

Bercakap kepada pemberita di sini, Abdul Aziz berkata suspek yang tinggal tidak jauh dari surau itu pernah mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

"Polis percaya Abdullah dipukul menggunakan senjata tumpul atau objek keras, dan polis sedang mencari senjata yang digunakan suspek yang dipercayai dibuang tidak jauh dari tempat kejadian," katanya.

Isteri mangsa, Ramlah Ahmad, 67, yang ketika kejadian berada di ruang solat wanita di surau itu, berkata beliau terdengar bunyi bising seperti orang terjatuh di dalam surau.

"Apabila melihat ke bahagian solat lelaki, saya nampak suami dalam keadaan berlumuran darah di atas sejadah.
"Ketika itu, saya sedang memakai telekung untuk menunaikan solat Subuh. Arwah tidak sempat melaungkan azan," katanya sambil memberitahu bahawa setiap pagi suaminya akan mengimamkan solat Subuh di surau itu.

Abdullah yang menoreh getah di kampung itu meninggalkan seorang isteri dan empat anak serta 20 cucu.

Mayat Abdullah dibedah siasat di Hospital Tanah Merah sebelum diserah kepada keluarga untuk dikebumi.

- BERNAMA

Sumber - Berita Harian
Imam Ditemui Mati Dipukul Dalam Surau Tanah Merah Imam Ditemui Mati Dipukul Dalam Surau Tanah Merah Reviewed by Adslah Admin on 12:25:00 AM Rating: 5

Post AD