Header AD

Ikut Nafsu Punca Perpecahan Umat


Islam melarang umatnya memutuskan silaturahim bukan saja sesama Islam tetapi juga dengan insan lain kerana Baginda Rasulullah SAW sudah mengingatkan kita, tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim. 

Menyentuh kedudukan dan kuasa politik umat Islam di Malaysia yang telah memecah-belahkan masyarakat Melayu Islam hari ini, keadaannya seperti yang diwacanakan pemikir politik dan ahli ilmu dari Andalusia iaitu Imam Ibrahim bin Musa al-Syatibi. 
Katanya, faktor yang telah membawa kepada perpecahan adalah kerana seseorang itu menganggap dirinya telah mencapai tahap mujtahid sehingga memberi ‘fatwa’ sesat dan menyesatkan. 

Faktor perpecahan yang kedua ialah menurut hawa nafsu dan bertindak mengikut hawa nafsu bagi mendapatkan kuasa tanpa pedulikan sama ada tindakan itu mengikut syarak, membawa kebaikan atau kerosakan yang besar sehingga sanggup menjual agama. 

Ikutan telunjuk Zionis 

Faktor ketiga ialah mengikut-ikut atau taksub pada individu atau pemimpin pujaan lebih dari menuruti petunjuk, perlakuan dan perkataan Rasulullah SAW. 

Ulama tersohor Syria, Dr Sa’id Ramadhan al-Buthi, berkata tidakkah malang apabila agama Islam dijadikan alat dan ikutan telunjuk politik Zionis Amerika rakus dan bukankah elok, sekiranya politik itu berkhidmat menjaga agama Allah yang sebenar dengan sifatnya yang membangun, bukan meruntuh, menyatu bukan memecah-belah. 

Bercanggah pendapat 

Selain itu, faktor pemecah belah masyarakat Islam ialah sikap terlalu taksub dan mengkuduskan pemimpin sehingga sanggup membelakangkan-Nya jika bercanggah dengan pendapat pemimpin mereka. Perkara ini biasa terjadi dalam ajaran sesat kerana pengikut mendewakan pemimpin mereka. 

Sebagai da’i, kita tidak harus berputus asa untuk memperbaiki saudara kita yang tersesat. Kita perlu melipatgandakan usaha dakwah untuk memahamkan mereka kerana kita semua bersaudara. 

Aktivis politik perlu menyedari bahawa dalam teori politik Islam, tiada sesiapa dibenarkan menjatuhkan kerajaan yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. 

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau bercerita ada seorang mengadu kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai beberapa saudara di mana saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskan hubungan silaturahim dengan saya. Saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya. Saya berlemah lembut dengan mereka tetapi mereka tidak tahu diri. 

Baginda SAW bersabda: “Seandainya kamu benar-benar seperti yang kamu katakan, maka seakan-akan kamu menelan abu yang sangat panas kepada mereka. Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kamu atas perbuatan mereka selama kamu tetap berbuat demikian.” (Riwayat Muslim). Oleh itu, eratkanlah silaturahim sesama insan kerana apa sekalipun perbezaan di antara kita, biarlah Allah SWT yang menentukan keadilan itu bagi kita.
Ikut Nafsu Punca Perpecahan Umat Ikut Nafsu Punca Perpecahan Umat Reviewed by Adslah Admin on 12:01:00 PM Rating: 5

Post AD