Header AD

HTC semakin pintar, canggih



Kemajuan teknologi menjadikan telefon bimbit yang kita gunakan hari ini semakin 'pintar'. Antaranya ialah HTC yang tampil dengan model terkini dinamakan HTV Desire X: Blazing. Ia dikatakan lebih menarik, bertenaga dan menarik dengan kamera yang boleh merakamkan video video berterusan dengan pantas serta cekap.

Reka bentuknya lebih nipis dan kompak. Dengan kemasukan HTC Sense dan Android 4.0, ia memberikan pengalaman peribadi yang eksklusif kepada kepada setiap individu.


Dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel, model ini boleh menghasilkan gambar hebat, walaupun dalam mencabar seperti keadaan cahaya rendah. Terima kasih kepada ImageChip proprietari HTC, af/2.0, 28mm sudut lebar kanta, BSI sensor dan HDR mod.

Model ini juga berupaya menyimpan dan berkongsi foto, video dan fail dan kita dapat mencarinya setiap fail dengan satu sentuhan.

HTC Desire X juga memuatkan sistem audio lebih mantap iaitu dengan bunyi bass lebih padu sekali gus memberikan kepuasan kepada anda untuk menikmati muzik. Apa lagi, telefon ini juga menyokong Definisi Tinggi audio tanpa wayar menerusi melalui Bluetooth.

Info: HTV DESIRE X: BLAZING 
Saiz: 118.5 mm panjang x 62.3 mm lebar x 9.3mm tebal
Berat: 114 gram dengan bateri Paparan: Skrin sesentuh 4 inci dengan WVGA 480x800 resolusi dan skrin LCD super
Sistem bunyi berkualiti studio dengan binaan dalaman Beats Audio™
Memori penyimpanan 4 GB
RAM: 768 MB
Penyimpanan atas talian percuma 25 GB


HTC semakin pintar, canggih HTC semakin pintar, canggih Reviewed by Adslah Admin on 7:34:00 AM Rating: 5

Post AD