Header AD

Gajah Serang Kereta Pelancong


KERETA yang dinaiki pasangan dari Britain lalu berhampiran 
gajah itu, sebelum haiwan berkenaan menyerangnya.

JOHANNESBURG: Untuk berada dekat dengan haiwan paling ditakuti menjadi tarikan utama bagi mereka yang bercuti di taman safari.

Malang bagi dua pelancong Britain, apabila impian mereka nyaris menyebabkan mereka terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki diserang seekor gajah.

Kereta pasangan yang baru bertunang itu dirempuh dan diterbalikkan oleh gajah jantan itu.

Haiwan itu bertindak demikian selepas turut cuba menyerang kereta di depan kenderaan pasangan berkenaan.

Pasangan itu, Cris Hare dan Helen Jenning, kedua-duanya berusia 40 tahun, bagaimanapun hanya cedera ringan dalam kejadian di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan. “Ketika saya membelok, gajah itu berada di depan kami. Dia berjalan menuju kereta kami. Saya berhenti di tepi. “Gajah itu kelihatan berjalan melintasi kereta kami tetapi kemudian pusing, merodok gadingnya pada pintu penumpang, menyebabkan kereta kami terbalik. “Ia sungguh menakutkan. Dalam hati saya hanya berkata-kata: ‘Tidak mungkin perkara ini berlaku.’” Vasti Fourie yang dalam kereta lain menyaksikan serangan berkenaan dan berkata: “Ia menyerang sebelah tepi kereta itu, mengangkat dengan gadingnya, membalikkannya sebelum ia meninggalkan tempat itu dengan tenang.

“Semuanya berlaku begitu cepat. Saya tidak pernah melihat kejadian seumpama ini sepanjang hidup. Saya percaya ia tidak pernah berlaku sebelum ini.” Hare dan Helen yang berasal dari Stockton-on-Tees, menghabiskan masa tiga hari bercuti di taman negara itu sebelum berlepas ke Durban.

Petugas taman berkenaan kemudian berkata, mereka menemui darah dalam kereta pasangan itu dan berpendapat, gajah itu bertindak demikian mungkin kerana sakit gigi.

Usaha menjejak haiwan itu dilancarkan untuk memastikan sama ada ia memerlukan rawatan.

Jurucakap Taman Negara Afrika Selatan, Reynold Thakhuli memberi amaran kepada pelancong supaya lebih berwaspada ketika berada di sekeliling haiwan liar dan jangan membenarkan apa-apa terjulur dari kereta mereka.

“Apabila melihat haiwan menuju ke arah kamu, jangan cemas. Cuba menjauhkan diri anda daripadanya secepat mungkin. “Gajah amat berbahaya jika mereka rasa terancam,” katanya. - DM
Gajah Serang Kereta Pelancong Gajah Serang Kereta Pelancong Reviewed by Adslah Admin on 11:32:00 AM Rating: 5

Post AD