Header AD

Dua Remaja Dituduh Membunuh

Dua remaja yang didakwa terlibat dalam kes pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar 
dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak, Alor Gajah, Melaka, semalam. - Utusan/Mohammad Dzulhisham Che Hassim


ALOR GAJAH 5 Nov. - Dua remaja berusia 14 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar sebaya mereka dalam pergaduhan di Stesen Bas Pulau Sebang, Tampin, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menyebabkan kematian K. Saravannan, 14, di Tingkat 1, Perhentian Bas & Teksi, Pulau Sebang, kira-kira pukul 2.30 petang, 24 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber - Berita Utusan Online
Dua Remaja Dituduh Membunuh Dua Remaja Dituduh Membunuh Reviewed by Adslah Admin on 12:32:00 PM Rating: 5

Post AD