Header AD

Berita! Dua Mati Selepas Gempa Bumi Kuat Gegar Myanmar


Sumber - Berita harian

YANGON: Sekurang-kurangya dua orang mati dan lima dilaporkan hilang selepas gempa bumi kuat menggegar Myanmar dan mencetuskan suasana panik di tengah 
bandar Mandalay, hari ini. 

"Berdasarkan maklumat yang kami terima setakat ini, dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera akibat gempa bumi ini manakala lima lagi dilaporkan hilang," kata pegawai di Naypyidaw yang enggan namanya disiarkan. Beliau berkata, mereka yang hilang adalah pekerja yang terhumban ke dalam Sungai Irrawaddy apabila gempa menggoncang jambatan yang sedang mereka bina di utara Mandalay. 

Seorang lelaki mati dan tiga cedera akibat dihempap bangunan yang runtuh di bandar kecil di wilayah Sagaing manakala seorang wanita turut terkorban selepas sisa runtuhan menghempapnya di kawasan kampung di utara Mandalay. - AFP 
Berita! Dua Mati Selepas Gempa Bumi Kuat Gegar Myanmar Berita! Dua Mati Selepas Gempa Bumi Kuat Gegar Myanmar Reviewed by Adslah Admin on 12:19:00 AM Rating: 5

Post AD