Header AD

Bolehkah Saya Menjamak Dan Mengqasarkan Solat Apabila Saya Berada Di Kampung Di Johor?


SAYA berasal dari Johor, tetapi sekarang bekerja di Rawang. Bolehkah saya menjamak dan mengqasarkan solat apabila saya berada di kampung di Johor?

Jika boleh, berapa harikah saya boleh jamak dan qasar solat saya? 

AM, 
Selangor 

SOLAT jamak dan qasar dalam musafir adalah harus. Ia rukhsah daripada Allah kepada umat Islam. Antara syarat melakukan solat jamak dan qasar ialah

 (1) apabila seseorang yang bermusafir sampai ke satu destinasi yang dia tidak berniat untuk tinggal menetap (mastautin) di situ.

 (2) Seseorang itu juga tidak berniat untuk menetap di tempat itu selama empat hari. 

Kiraan hari tidak termasuk hari tiba dan hari beredar keluar. Dalam kes anda di atas, solat jamak dan qasar diharuskan di kampung apabila tempat menetap anda (mastautin) bukan lagi di kampung di Johor, tetapi di Rawang kerana bekerja.

Solat jamak dan qasar itu perlu memenuhi syarat di atas.
Bolehkah Saya Menjamak Dan Mengqasarkan Solat Apabila Saya Berada Di Kampung Di Johor? Bolehkah Saya Menjamak Dan Mengqasarkan Solat Apabila Saya Berada Di Kampung Di Johor? Reviewed by Adslah Admin on 7:40:00 PM Rating: 5

Post AD