Header AD

BlackBerry Baru Dilancar 30 Januari


OTTAWA: Pelancaran BlackBerry 10 yang baru dijadualkan 30 Januari tahun depan apabila syarikat pembuat telefon pintar, Research in Motion (RIM) cuba bangkit daripada saingan pengeluar lain. 

Firma dari Kanada itu mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa pelancaran BlackBerry baru itu diadakan serentak dengan beberapa negara di dunia. 
Firma yang semakin tertekan itu akan memperkenalkan dua telefon pintar baru termasuk BlackBerry 10 yang menggunakan platform sistem operasi baru yang mampu bersaing dengan Apple dan pengeluar lain yang menggunakan sistem operasi Google Android. 

“Dalam menghasilkan BlackBerry 10, kami membina sistem yang unik kepada pengguna bagi merasai pengalaman baru," kata Ketua Eksekutif RIM, 
Thorsten. - AFP 
BlackBerry Baru Dilancar 30 Januari BlackBerry Baru Dilancar 30 Januari Reviewed by Adslah Admin on 10:01:00 AM Rating: 5

Post AD