Header AD

Berita! Korban Gempa Guatemala Meningkat 52 orang

Sumber - Berita harian




Berita Harian hari ini - SAN MARCOS: Pihak penyelamat Guatemala hari ini terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap akibat gempa kuat 7.4 magnitud, semalam dengan angka korban terus meningkat kepada 52 orang.

Kejadian itu juga menyebabkan ribuan penduduk terpaksa bermalam dalam cuaca sejuk di luar kerana khuatir dengan gempa susulan. 
Setakat ini, 22 orang dilaporkan masih hilang dalam bencana yang melanda Wilayah San Marcos di barat daya negara itu. 

Bencana itu menyebabkan rumah kediaman runtuh manakala bekalan elektrik di beberapa bandar terputus.

Ribuan orang ramai masih berada di sekitar bandar San Marcos dengan membalut badan mereka dengan kain dan selimut akibat cuaca sejuk di wilayah pergunungan berkenaan.

Penyelamat menemui tiga lagi mayat di pekan San Cristobal Cucho, semalam dan satu lagi di El Recreo.

Presiden Otto Perez berkata, angka korban terus meningkat kepada 52 orang berbanding 48 orang semalam. 
Beliau berkata, bekalan elektrik sudah pulih 95 peratus di kawasan perumahan yang terjejas. - AFP
Berita! Korban Gempa Guatemala Meningkat 52 orang Berita! Korban Gempa Guatemala Meningkat 52 orang Reviewed by Adslah Admin on 9:17:00 AM Rating: 5

Post AD