Header AD

Berita! Kaji Bina Hospital di Kapar

Sumber - Berita Metro


KLANG: Kerajaan akan mengkaji cadangan membina hospital di Kapar bagi menampung kesesakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika hospital itu dibina, ia bakal memberi kemudahan kepada lebih 150,000 penduduk di sekitar daerah ini khususnya di Kapar.

Cadangan itu dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil pada di majlis sumbangan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Methodist Kapar, di sini, semalam.

Malah, pihaknya mengenal pasti tanah seluas 20.2 hektar di Kapar yang sesuai untuk pembinaan hospital berkenaan.
Berita! Kaji Bina Hospital di Kapar Berita! Kaji Bina Hospital di Kapar Reviewed by Adslah Admin on 11:15:00 AM Rating: 5

Post AD