Header AD

Berita! Banjir Kembali Teruk

Sumber - Berita Metro

SEPANG: Hujan lebat petang kelmarin menyebabkan keadaan banjir di Kuala Langat dan Dengkil kembali teruk apabila 1,703 mangsa daripada 407 keluarga kini ditempatkan semula di lima pusat pemindahan sementara di dua kawasan berkenaan.

Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang apabila paras air naik sehingga 0.5 meter menyebabkan mangsa yang sebelum ini pulang ke rumah kembali mendaftar di pusat pemindahan sementara.

Pegawai Bertugas di Pusat Kawalan Bomba (PKD) Kuala Langat, Mohd Norfardly Marshar Mohd Sharip berkata, 765 mangsa daripada 191 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang, 56 mangsa dari 18 keluarga di dewan Genting Sanyen, Dewan Kampung Bukit Changgang 29 mangsa membabitkan 11 keluarga dan dewan Bukit Tandum 86 mangsa daripada 20 keluarga.

“Jumlah mangsa yang mendaftar di pusat pemindahan SK RTB Bukit Changgang sentiasa bertambah kerana kebanyakannya kembali tinggal di situ selepas rumah dinaiki air, berbanding tiga pusat lain yang tidak banyak berubah, “Peningkatan ini akibat hujan lebat semalam menyebabkan paras air Sungai Langat meningkat dan air mula naik awal pagi. Kebanyakan mangsa mula berpindah ke pusat pemindahan sejak jam 7 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Berita! Banjir Kembali Teruk Berita! Banjir Kembali Teruk Reviewed by Adslah Admin on 11:16:00 AM Rating: 5

Post AD