Header AD

Bantuan Melawan Kelaparan

BEKALAN air bersih turut disalurkan kepada kanak-kanak di Vietnam.


MENGIKUT kajian Organisasi Bantuan Kelaparan dan Menghadapi Masa Depan Amerika Syarikat sehingga bulan Mac lalu, setiap tiga saat berlaku satu kematian akibat kebuluran di seluruh dunia.

Hasil kajian itu juga mendapati, setiap tahun seramai lima juta kanak-kanak mati disebabkan faktor yang sama iaitu kebuluran.

Malah, lebih 925 juta orang dikatakan sedang berdepan konflik kelaparan di seluruh dunia.

Menyedari hakikat itu, pusat penjagaan dan rawatan rambut, 101 Hair Care bekerjasama dengan sebuah badan amal antarabangsa, World Vision untuk membantu kanak-kanak di Asia yang mengalami kebuluran.

Komited dengan tanggungjawab sosial yang perlu dicurahkan kepada golongan yang kurang bernasib baik, 101 Hair Care mengambil inisiatif untuk menaja seramai 101 kanak-kanak miskin dari Kemboja, China, India, Indonesia, Lubnan, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Malah sejak tahun 1997, 101 Hair Care telah mengumpulkan sejumlah RM211,800 untuk membantu kanak-kanak miskin di bawah program tahunan tajaan World Vision.

Pakej amal 101 Hair Care

Pada tahun ini, pusat tersebut telah menyerahkan sumbangan RM60,600 menerusi jualan set penjagaan rambut amal.

Justeru, melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, pusat tersebut melaksanakan projek yang sama pada suku kedua tahun ini berasaskan siapa cepat didahulukan.

101 Hair Care dan World Vision menganjurkan lawatan ke Thailand dan Vietnam dan mereka yang berminat boleh membeli mana-mana pakej amal 101 untuk berpeluang menyertai Program Pembangunan Kawasan World Vision.

Para pelanggan yang telah membeli salah satu pakej amal itu akan mendapat bayaran minimum untuk pakej lawatan lima hari empat malam ke Thailand termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan berjumlah RM2,700, manakala lawatan ke Vietnam lima hari empat malam berjumlah RM2,600.

Kesemua hasil jualan tersebut sebahagian besarnya akan disumbangkan kepada World Vision nanti.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif 101 Hair Care, Ricky Thye berkata, pihaknya juga menawarkan edisi terhad set penjagaan rambut kepada orang ramai.

“Anda boleh menjaga rambut dengan rawatan yang berkualiti daripada 101 Hair Care di samping menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

“Oleh itu, kita berharap orang ramai jangan melepaskan peluang ini untuk bertemu dengan kanak-kanak istimewa tersebut,” katanya sambil memberitahu set penjagaan rambut mengandungi pek penyenggaraan, nutrisi, antipenuaan kulit kepala dan nutri folikel yang dijual pada harga istimewa.

Sementara itu, melihat kepada peningkatan angka penduduk dunia yang berdepan konflik kelaparan, 101 Hair Care juga menyokong kempen 30 Jam Kelaparan sebagai langkah susulan menyokong transformasi dalam kehidupan kanak-kanak dan komuniti mereka.

101 Hair Care telah menganjurkan kempen itu di ibu pejabatnya di USJ, Subang, Selangor baru-baru ini yang disertai lebih 50 kakitangan.

Dalam program itu, pelbagai aktiviti disusun bagi membolehkan peserta menyelami penderitaan kanak-kanak di negara kurang membangun.

Antaranya membina sendiri rumah daripada kotak dan surat khabar, mengemudi belon dan bola ping pong. Mereka melakukan semua tugasan itu seolah-olah sedang berada di kawasan gempa bumi.

Menerusi aktiviti-aktiviti itu, kakitangan dapat melihat sendiri cabaran dihadapi kanak-kanak dan merasai keperitan yang dilalui mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti amal 101 Hair Care 
Bantuan Melawan Kelaparan Bantuan Melawan Kelaparan Reviewed by Adslah Admin on 1:41:00 PM Rating: 5

Post AD