Header AD

Aktres Tipu Tarikh Lahir?

Jin Se Yeon

AKTRES, Jin Se Yeon menjadi perhatian media selepas tersalah cakap mengenai tahun kelahiran yang berbeza dengan profil rasminya. Pada siaran program Good Morning di saluran SBS, aktres itu memberitahu dia lahir pada 1994.

Kenyataan itu mengejutkan peminat kerana aktres itu dipercayai lahir pada 1993 berdasarkan maklumat yang pernah dikeluarkan dalam beberapa sesi temuramah, malah turut tertera dalam profil rasminya.

Apabila ditanya perbezaan itu, agensi mewakili Jin Se Yeon mengaku tahun yang tertera pada profil itu salah. Mereka mendedahkan sebab mereka menonjolkan aktres itu setahun lebih tua.

“Jin Se Yeon baru berusia 17 tahun ketika kali pertama muncul di TV. Bagi mengelak halangan pada watak dilakonkan kerana faktor umur yang terlalu muda, kami naikkan tahun lahir dalam profilnya.

“Bukan bertujuan memberi persepsi buruk. Tarikh lahir Jin Se Yeon pada 15 Februari, menjadikan dia lahir awal 1994. Oleh itu ia tiada beza dengan mereka yang lahir pada 1993,” kata wakil agensi itu.



Aktres Tipu Tarikh Lahir? Aktres Tipu Tarikh Lahir? Reviewed by Adslah Admin on 4:31:00 PM Rating: 5

Post AD