Header AD

6 Kesilapan Dalam Penjagaan Kesihatan


Adakah anda sentiasa tidur lebih daripada pukul 1 pagi dan berasa pening kepala ketika bangun? Jika ya, anda termasuk dalam orang-orang yang silap dalam penjagaan kesihatan. 

Cuba buat keputusan yang bijak mulai hari ini.

Di sini terdapat 6 kesilapan dalam penjagaan kesihatan dan orang yang bijak juga pasti akan melakukannya.

1. Tidak Bersarapan Pagi

Sarapan adalah perkara mudah yang mana anda pasti boleh melakukannya. Apabila anda tidur, metabolisme dalam badan akan bergerak secara perlahan, dan apabila anda bangun, metabolisme anda memerlukan makanan supaya ia boleh beroperasi dengan baik semula.

Selepas berpuasa selama 8 jam, badan kamu akan kelaparan. Jadi apabila kamu tidak bersarapan, kamu mendera badan kamu sendiri.

Walaupan kamu tidak bersarapan adalah kerana hendak mengurangkan kalori dalam badan, tapi hakikatnya kamu akan sentiasa kelaparan sepanjang hari. Di sinilah punca berat badan meningkat.

Malah, 4000 peserta yang menyertai National Weight Control Registry, mengekalkan sekurang-kurangnya kehilangan 30 paun berat badan dalam masa 5 tahun, hampir semua berkata mereka makan sarapan pagi setiap hari.

2. Sabotaj Kulit Anda Dengan Sedikit Warna

Kita semua tahu cahaya matahari banyak menyebabkan kerosakan kulit kita, jadi kenapa mahu diri sentiasa berjemur lagi untuk mengejar kulit yang seperti emas?

Berjemur dan terlalu kurang cahaya matahari, kedua-duanya meningkatkan pendedahan anda kepada cahaya matahari yang memudaratkan yang boleh menyebabkan berlakunya kulit pramatang dan lebih teruk lagi ialah kanser kulit.

Berjemur adalah tidak baik sedangkan terdapat banyak produk yang baik daripada berjemur.

3. Merokok

Jika kamu tidak tahu bahawa merokok itu adalah tidak baik, maksud saya ia boleh mengundang kematian, jika anda merokok selama 30 tahun, bermakna anda seperti tinggal di bawah batu selama 30 tahun.

Bahaya merokok kerana ia boleh menyebabkan kanser paru-paru dan kerongkong, kedutan kulit pra-matang, meningkatkan risiko mati pucuk bagi yang lelaki, kesusahan untuk mengandung bagi yang perempuan.

Walaupun rokok penyebab ketagihan dan untuk berhentikannya adalah cabaran yang besar, tetapi ia adalah perkara yang sangat baik sebenarnya sekiranya anda berhenti merokok mulai sekarang.

4. Mengelak Daripada Berjumpa Doktor

Tiada siapa yang suka berjumpa dengan doktor. Antara sebab-sebabnya kerana kena tulis borang yang banyak, ada yang takut kena marah dengan doktor, bergantung kepada sebab kenapa anda berada di sana.

Bagi yang lelaki, perlu ada testikel untuk diperiksa untuk mengelak daripada terkena colon cancer (Usus Kancer). Anda juga perlu berjumpa dengan doktor gigi setiap tahun.

Apabila berjumpa doktor, kadang-kadang memang tidak rasa selesa, tetapi mana tahu merekalah yang menyelamatkan nyawa anda.

5. Tidak Cukup Tidur

Pada setiap tahun, kita selalu dinasihatkan oleh doktor supaya mempunyai kadar tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam untuk berfungsi dengan baik pada keesokan harinya, tetapi kenapa ada yang masih degil tidur lewat.

Kurang tidur bukan sahaja menyebabkan diri anda kurang gagah, malah ia penyebab pertambahan berat badan, kemurungan, kebimbangan, penyakit jantung, dan mengurangkan kecerdasan mental.

Jangan sesekali kurangkan jam waktu tidur anda sekiranya anda ingin menjaga kesihatan dengan baik.

6. Kawal kalori dalam diet

Starbucks lattes dan smoothie Jus Jamba mungkin minuman kegemaran anda, tetapi dengan hanya 1 cawan, anda telah memenuhi kalori dalam badan untuk kuantiti sehari.

Minuman kopi, smoothie, soda, jus, dan alkohol semuanya terkenal dengan 'calorie-bombs'. Jika anda minum dengan kerap dan tidak menjaga keseimbangan dari sudut makananan dan minuman, anda telah menerima 1000 kalori sehari yang boleh membawa kepada pertambahan berat badan.

Cuba kurangkan minuman seperti kopi dan memperbanyakkan minum air mineral untuk penjagaan badan anda. 

Sebenarnya, bab menjaga kesihatan adalah seperti berperang, sekiranya anda kalah, anda akan lumpuh dan tidak bermaya, jadi cubalah berperang untuk menang dalam menjaga kesihatan supaya askar-askar di dalam badan boleh menurut perintah kita dengan lancar dan gagah. Jadi tiada alasan lagi untuk tidur lewat.
6 Kesilapan Dalam Penjagaan Kesihatan 6 Kesilapan Dalam Penjagaan Kesihatan Reviewed by Adslah Admin on 8:30:00 PM Rating: 5

Post AD