Header AD

5,000 Menari Tarian Kuda di Rom


ROM - Seramai 5,000 orang menari tarian kuda yang pernah dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy di sini kelmarin.

Mereka menari di Dataran Piazza Del Popolo dan melakukan pergerakan tarian kuda ketika lagu Gangnam Style nyanyian Psy diperdengarkan.

Penganjur perhimpunan itu menggunakan rangkaian laman sosial dan pemberitahuan secara lisan untuk menghimpunkan peserta tersebut.

Kebanyakan peserta itu ialah golongan remaja.

Perhimpunan itu bermula pada pukul 4.45 petang waktu tempatan.

Para peserta memakai pakaian baju-T berwarna putih yang mempunyai imej wajah Psy.

Klip muzik video Gangnam Style nyanyian Psy itu telah ditonton lebih 670 juta kali di laman YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. - Agensi


SERAMAI 5,000 orang menari tarian kuda di Dataran Piazza Del Popolo, Rom kelmarin.


5,000 Menari Tarian Kuda di Rom 5,000 Menari Tarian Kuda di Rom Reviewed by Adslah Admin on 2:38:00 PM Rating: 5

Post AD