Header AD

50 Terbunuh Serangan Bom Kereta di Syria


DAMSYIK: Satu serangan bom kereta dipercayai pemberontak Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 50 pejuang rejim kerajaan, semalam. 

Serangan itu berlaku di sebuah pos tentera di tengah Wilayah Hama, awal pagi semalam mengorbankan 50 askar dan pejuang yang prokerajaan, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, hari ini. 
Serangan itu adalah yang terbutuk terhadap pihak keselamatan pro rejim sejak pemberontakan untuk menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad pada Mac tahun lalu. 

Sementara itu stesen televisyen tempatan juga melaporkan bahawa satu lagi serangan bom kereta itu turut membunuh 11 orang dan berpuluh lagi cedera di barat Damsyik, di Daerah Mazzeh. 

Mazzeh adalah kawasan yang kebanyakannya menempatkan kedutaan asing di Syria. - AFP

Sumber - Berita Harian
50 Terbunuh Serangan Bom Kereta di Syria 50 Terbunuh Serangan Bom Kereta di Syria Reviewed by Adslah Admin on 10:00:00 AM Rating: 5

Post AD