Header AD

5 Letupan Bom Gegar Bahrain, Dua Maut


MANAMA: Satu siri serangan bom di ibu negara Bahrain mengorbankan dua orang, awal hari ini dengan wujud tanda-tanda keganasan membabitkan kebangkitan semula pembangkang bagi menjatuhkan pemerintahan beraja. 

Lima siri letupan bom meledak di Manama yang disifatkan pegawai kerajaan sebagai serangan pengganas, iaitu kurang seminggu selepas kerajaan mengharamkan semua bentuk perhimpunan atau tunjuk perasaan. 
Pertempuran masih belum berkurangan termasuk satu kumpulan menyerang tiga balai polis dengan bom api, Ahad lalu. 

Lebih 55 orang dilaporkan terbunuh sejak keganasan tercetus di Bahrain pada Februari 2011 apabila penduduk majoriti fahaman Syiah menuntut agar mereka diberi lebih banyak suara politik dalam kerajaan. 

Dalam keganasan terbaru hari ini, dua lelaki Asia dilaporkan maut manakala lelaki ketiga cedera apabila sekurang-kurangnya lima bom buatan sendiri meletup di tengah bandar raya berkenaan. 

Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, seorang lelaki maut selepas menyepak bom berkenaan sebelum meletup manakala seorang lagi terbunuh akibat cedera parah dalam letupan berasingan. 

Pegawai berkenaan bagaimanapun berkata, setakat ini nama dan warga negara lelaki terbabit belum dapat didedahkan lagi. 
Seperti kebanyakan negara Teluk, Bahrain mempunyai populasi warga Asia Tenggara yang besar bekerja di negara berkenaan. - AFP 

Sumber - Berita Harian
5 Letupan Bom Gegar Bahrain, Dua Maut 5 Letupan Bom Gegar Bahrain, Dua Maut Reviewed by Adslah Admin on 9:57:00 AM Rating: 5

Post AD