Header AD

4 Maut Ditembak di Majlis Perkahwinan di Mexico



Sumber - Berita Harian

MORELIA (Mexico): Empat terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam satu majlis perkahwinan di barat Mexico, semalam. 

Pendakwa raya Michoacan, Placido Torres, berkata dua penembak terbabit dikenal pasti sebagai anak kepada ketua polis tempatan yang memecah masuk ke satu majlis perkahwinan di perkampungan Cungo. 
“Mereka berulang kali melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang duduk di sebuah meja tapi sebelum menembak ke arah tetamu lain dan melarikan diri,” katanya. 

Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala tiga lagi yang cedera kemudian ditembak suspek bersenjata dan mati ketika di dalam ambulans. - AFP
4 Maut Ditembak di Majlis Perkahwinan di Mexico 4 Maut Ditembak di Majlis Perkahwinan di Mexico Reviewed by Adslah Admin on 11:04:00 AM Rating: 5

Post AD