Header AD

200 Juta Warga AS Mula Mengundi

SEORANG lelaki bergambar dengan gambar calon Presiden Amerika Syarikat (AS) 
di kedutaan AS di London. - Foto Reuters

CHICAGO: Kira-kira 200 juta rakyat Amerika Syarikat keluar mengundi sebaik pusat pengundian dibuka jam 6 pagi di seluruh negara.

Tinjauan BH di beberapa pusat mengundi di sini mendapati orang ramai beratur panjang untuk membuang undi di presint masing-masing.
Bagaimanapun, selepas jam 9 pagi pusat mengundi lengang kerana hari ini adalah hari kerja biasa di Amerika dan keadaan dijangka kembali sibuk selepas 5 petang apabila orang ramai pulang kerja dan pelajar kolej serta universiti tamat kelas.

Tinjauan di pusat mengundi Beulah Shoesmith, daerah Cook, tempat Presiden Barack Obama membuang undi pada 2008 mendapati kebanyakan pengundi memilih parti demokrat kerana ia berhampiran kediaman Obama, selain negeri Illinois adalah kubu kuat parti demokrat.

Kebanyakan pengundinya adalah kulit hitam dan Asia.

Sementara itu, tinjauan dan pungutan suara dibuat stesen televisyen dan badan bebas sehingga awal pagi tadi mendapati Obama dan Mitt Romney masih terikat dan keputusan di sembilan swing states, khususnya Ohio dijangka menentukan pemenang kali ini.

Mengikut pungutan suara terbaru Obama kini menguasai 201 electoral college (undi perwakilan) manakala Romney 191. Calon yang mendapat 270 electoral college akan diisytihar sebagai Presiden.
Pusat mengundi akan mula ditutup mulai jam 7 malam hingga 10 malam kerana setiap negeri mempunyai tempoh masa sendiri. Keputusan dijangka mula masuk mulai jam 8 malam di beberapa negeri dan jika tiada keputusan bergantung di mana-mana daripada 50 negeri dan Washington DC, keputusan penuh dijadualkan 12 tengah malam atau 1 pagi esok.

Sumber - Berita Harian
200 Juta Warga AS Mula Mengundi 200 Juta Warga AS Mula Mengundi Reviewed by Adslah Admin on 8:22:00 AM Rating: 5

Post AD