Header AD

20 Sekeluarga Diikat


TAK SELAMAT...Mohd Zaki menunjukkan jeriji tingkap dapur yang dipotong perompak.

TAIPING: Sepasang pengantin yang baru dua hari melangsungkan perkahwinan dan anggota keluarga mereka kerugian lebih RM30,000 apabila wang hantaran serta barang kemas dilarikan tiga perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Changkat Ibol, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi, ada 20 orang di dalam rumah itu termasuk kanak-kanak dan mereka semua diikat dengan tali oleh tiga perompak terbabit, selain mulut masing-masing disumbat gumpalan kain.

Pemilik rumah yang juga abang pengantin perempuan, Mohd Zaki Mahyudin, 42, berkata, tiga penjenayah lelaki berusia 30-an mengumpil tingkap besi dan membuka cermin kaca di bahagian dapur sebelum menceroboh masuk ke rumahnya.

“Ketika kejadian saya tidur di tingkat atas rumah sementara semua anak tidur di ruang tamu. Pasangan pengantin, emak serta saudara-mara yang lain tidur di dalam bilik berasingan di tingkat bawah kediaman.

“Penjenayah kemudian mengejutkan kami daripada tidur sebelum mengugut mencederakan kami. Dua daripada penjenayah menutup muka dengan kain sarung manakala seorang lagi tidak menutup muka,” katanya.
20 Sekeluarga Diikat 20 Sekeluarga Diikat Reviewed by Adslah Admin on 11:37:00 AM Rating: 5

Post AD