Header AD

Zoo Taiping & Night Safari

Tempat menarik di Perak

Zoo Taiping & Night Safari




Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri. Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.

Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.

Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.

Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.







Zoo Taiping & Night Safari Zoo Taiping & Night Safari Reviewed by Adslah Admin on 11:45:00 PM Rating: 5

Post AD