Header AD

Taman Hutan Hujan Sandakan

Tempat menarik di Sabah



Taman Hutan Hujan Sandakan (THHS) terletak kira-kira 9 km dari pusat bandar Sandakan di Sabah, Malaysia. Taman ini, meliputi sebuah kawasan 148.6 hektar, merupakan sebuah tapak awal penerokaan botani di Borneo dan tempat asal bagi lebih kurang 110 spesimen tip (nota: spesimen tip ialah spesimen terpilih untuk menjadi rujukan apabila satu spesis tumbuhan diberi nama buat pertama kalinya, dengan itu, ia menjadi sebuah tapak yang penting untuk penyelidikan diversiti tumbuhan di Borneo. Teras kawasan Taman ini masih di dalam keadaan asli. Terdapat banyak spesis flora dan fauna bagi kawasan tanah pamah dijumpai di hutan ini. 

Pada bulan Januari 2007, hutan ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kebun Cina oleh Kerajaan Negeri Sabah. Kini, Taman Hutan Hujan Sandakan / Hutan Simpan Kebun Cina dikendalikan-bersama oleh Jabatan Perhutanan Sabah dan Majlis Perbandaran Sandakan
.
Antara tarikan istimewa bagi taman ini ialah : tumbuhan karnivor periuk kera, topotip hidup bagi lebih kurang 110 spesis tumbuhan, sejarah awal kawasan ini yang berkait rapat dengan penerokaan awal botani dan penempatan awal pinggir bandar yang dikenali sebagai Kebun Cina, sebuah bangunan pameran (Galeri Kebun Cina), dan trek jogging serta taman permainan untuk rekreasi luar. Laman web ini menyediakan maklumat berikut dalam Taman Hutan Hujan Sandakan :

  • KEMUDAHAN UNTUK REKREASI LUAR DAN PENDIDIKAN ALAM SEMULA JADI;
  • PAMERAN BAGI PENEROKAAN AWAL BOTANI, SEJARAH "KEBUN CINA", FLORA, FAUNA SERTA TARIKAN LAIN; DAN
  • PEMULIHARAAN BIODIVERSITI



Taman Hutan Hujan Sandakan Taman Hutan Hujan Sandakan Reviewed by Adslah Admin on 3:03:00 PM Rating: 5

Post AD